Jumaat

Dari Facebook : Rakaniaga Proton

Isu Politik Semasa pernah anda dengar volkswagen nak beli kilang proton di Shah Alam? anda tahu sebabnya?

Wed at 18:27 · ·
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
anda tidak akan pecaya sebabnya
Wed at 18:28 · Report
Shahrin Sulaiman
Wed at 18:29 · Report
Lynn Hussaini
Lynn Hussaini
tau.....dan tau kenapa x jd beli...
Wed at 18:30 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
sebab kerajaan taknak jual la..KILANG PROTON ADALAH KILANG AUTOMOTIF YG PALING CANGGIH DI DUNIA
Wed at 18:30 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
kenapa kerajaan taknak hebohkan? sebab KILANG 2 MENGELUARKAN kenderaan dianggap TAIK
Wed at 18:31 · Report
Lynn Hussaini
Lynn Hussaini
Org kuat BMW sdiri akui Proton aotomotive player yg bagus..cuma ada kalangan rakyat kte yg suke memperlekehkan barangan Msian made..
Wed at 18:32 · Report
Lynn Hussaini
Lynn Hussaini
Patut ke NAZA dinobatkan 3rd national car maker???
Wed at 18:33 · Report
Ezad Zainal
Ezad Zainal
Proton takut nk bersaing nk harap kerajaan aje...kalau betul2 dah lama dah proton sama taraf dgn Hydai, Kia, Honda....tp itulah adakalanya production sub-standard yg buat rakyat kita sendiri tolak proton...
Wed at 18:35 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
tapi sedih kenapa kita ada kilang yg canggih tapi masih keluarkan kenderaan berkelas rendah.. dengan teknologi LOTUS paling kurang pown kita leh sama taraf ngan Ferrari..tapi apa jadi? dalam TOP GEAR, diorg ckp takde kenderaan yg selamat kat malaysia nie..korang tak panas hati ke kena hina mcm 2?
Wed at 18:35 · Report
Lynn Hussaini
Lynn Hussaini
Sebenarnya...rakyat kite nie klu Proton wat kete bagus tp letak harga mahal kata harga tak patut....tp klu kete import..wlupun crash test out, harga mahal..tetap diterima dan dikata hebat...so papehal pun balik pd mentaliti penggguna tu sdiri...
Wed at 18:41 · Report
Sabri Jalil
Sabri Jalil
Memang benar Vokswagen pernah berhasrat mahu menjadi partner dengan proton..ttp ditolak sbb mereka mahukan saham majority dlm proton...Tawaran tersebut menyebabkan harga saham proton melonjak...Kini ia meningkat semula bila ada ura-ura Vokswagen menawarkan kembali untuk menjadi partner dengan proton...B/pun mahendra juga antara juga antara yg disebut2 untuk menjadi partner...pengumuman akan dibuat dlm tempoh terdekat ini...Vokswagen tidak akan menawarkan diri menjadi partner kali kedua jika Proton itu akan merugikan mereka...isu proton adalah isu perniagaan..isu perniagaan harus dinilai dari sudut perniagaan...bukan politik...
Wed at 19:58 · Delete
Mir Pj
Mir Pj
macam terjadi di perodua lah... saham majoriti toyota dan daihatsu... sebab tu kereta mereka lebih design daihatsu atau toyota... dulu proton bersama mitsubishi.. sebab itu kereta wira proton saga, paten mitsubishi,tapi bila saham sepenuhnya proton dah pegang... proton dah tak berpaut pada mitsubishi,sebab itu design kereta dari malaysia bkan dari luar... sekarang proton beli lotus... dah pun pakai teknologi handling lotus... hiyahhh
Wed at 20:11 · Report
Sabri Jalil
Sabri Jalil
So...saham proton boleh dibeli sekarang...
Wed at 20:28 · Delete
Mohd Khairil Khairil
Mohd Khairil Khairil
cit kutuk kuat, pakai gak kete malaysia...
Wed at 22:02 · Report
Ehsan Harun Rashid
Ehsan Harun Rashid
Setakat jual kilang oklah asalkan good value. Proton bole optima kilang d tgmalim. Lebih moden dan better specs. Tingkatkan kecairan tunai. Harga baik2 tentunya...
Yesterday at 01:30 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
org yg kerja dalam kilang proton saja yg tau hal nie, tapi apa yg sy dengar dari org volkswagen : mereka nak satu kilang yg canggih di sini untuk mengeluarkan bugatti veyron..kereta yg boleh bergerak 407KM..kereta ke-2 terpantas di dunia
Yesterday at 02:57 · Report
Uti Uttamatomakin
Uti Uttamatomakin
proton kene belajar ngan perodua...x yah join ngan volkswagen pown okies
Yesterday at 09:20 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
Betul tu UU, Proton boleh berdikari malah boleh berjaya cuma perlu sdikit suntikan modal, maknanya kena jual saham...
Yesterday at 19:07 · Report
Uti Uttamatomakin
Uti Uttamatomakin
IPS:agree wif u
Yesterday at 19:34 · Report

Dari Facebook : Bicara Mengenai Perkauman

Isu Politik Semasa Gerakan harus bantah Umno bebaskan Ahmad. Gerakan harus membantah tindakan Umno melepaskan bekas ketua bahagiannya Datuk Ahmad Ismail daripada penggantungan keahliannya selama tiga tahun berhubung kenyataan berbaur perkauman, gesa Angkatan Muda PKR. Komen anda? -NAB-

Yesterday at 18:00 · ·
Papa Gomo
Papa Gomo
Ni semua agenda jahat nak hancukan melayu. Nak bermandi darah ke?
Yesterday at 18:01 · Report
Ezad Zainal
Ezad Zainal
ni semua nk cover issue Nga yg mengapi2kan perkauman dgn persoalkan pembinaan masjid la nih......tgk mcm mana puak2 PR ni pusing issue...
Yesterday at 18:16 · Report
Rosidi Basri
Rosidi Basri
abis tuh yg YB DAP pertikai peruntukan dana yang disalurkan oleh kerajaan untuk bina masjid bukan perkauman? Bodoh! Bila tang melayu ckp sikit dikata perkauman, bila cina india ckp ttg adat dan agama mereka, dikira itu hak mereka.... mcm silake!
Yesterday at 18:17 · Report
Uthaya Chandran
Uthaya Chandran
Issshhh saudara Rosidi ... relax laa bro... ini semua mainan politik, mereka cuma cuba mengambil kesempatan. Kalau rakyat bijaksana, pandai pandai laa menilai yang mana baik dan buruknya. INGATLAA jangan sesekali menyamakan politik dan perkauman.
Yesterday at 18:23 · Report
Rosidi Basri
Rosidi Basri
Itu aku tau... masalahnya, bukan semua org berfikiran mcm aku. ramai yg mudah terpedaya dan lembik bila puak2 nih bersuara semua setuju, amik bulat2. jangan sampai perpaduan kat malaysia nih padam, masa tuh semua org rugi... kerajaan bertolak ansur dalam beberapa hal, xnk pulak dia fikir dan hargai!
Yesterday at 18:43 · Report
Sabri Jalil
Sabri Jalil
Dlm politik bila menuduh org lain kronism, tidak bermakna dia tidak kronism, bila dia menuduh org lain rasuah tidak bermakna dia tidak rasuah, bila dia menuduh org lain ada skandal tidak bermakna dia tidak ada skandal, begitulah juga bila dia menuduh org lain perkauman tidak bermakna dia tidak perkauman...itu hakikat..maka kita jgn menentang melulu dan jgn menyokong melulu...perasaan kita selalu dimainkan oleh org politik utk kepentingan mereka...bila mereka dh dpt jawatan siapa yg dpt pencen...dh pencen nanti ada mereka jenguk kita....?
Yesterday at 18:48 · Delete
Tirok Swifts Yeoss
Tirok Swifts Yeoss
SJ, syabas, Pendapat yang bijaksana dan paling waras???Dalam bahasa inggeris, istilah terbaik ialah ' wisdom'. harap ramai lagi macam SJ.
Yesterday at 18:58 · Report
Siti Nurzuriati Mihat
Siti Nurzuriati Mihat
Sabri Jalil: Satu penyataan yang sangat bernas...Politik sekarang sukakan budaya 'pramatang' ini diamalkan. Tiada satu kemajuan politik dan kesinambungan politik yang terbaik, jika budaya 'politik pramatang' ini tidak ditangani.
Yesterday at 19:44 · Report
Mohd Khairil Khairil
Mohd Khairil Khairil
ikut umno la, pkr peduli apa? Kuikuipuit
Yesterday at 20:53 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
lantaklah gerakan nak membantah ke taknak membantah ke, sendiri jaga diri sendiri, bebaskan diri dari sikap RACIST. - absss
Yesterday at 22:02 · Report
Rosidi Basri
Rosidi Basri
Masalahnya bila tang melayu dituduh racist, bila tang puak2 depa dikatakan hak...
Yesterday at 23:24 · Report
Wan Hafizq
Wan Hafizq
sapa ketua angkatan muda pkr nie.... banyak isi x?
Today at 00:50 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
Bagaimana pula pendapat kita semua, tentang bantahan DAP terhadap cadangan yang ketua menteri Pulau Pinang digilirkan diantara kaum? Itu bukan perkauman?
Ramai golongan professional dan bijak pandai dikatakan cenderung dan menyertai PKR. Apa mereka ini tidak cukup pandai kah untuk menilai?
Atau inilah padahnya bila rakyat sudah menyampah habis ...See More
Today at 07:12 · Report
Syamil Baharudin
Syamil Baharudin
ape kena mengena ketua pkr ni....
Today at 08:12 · Report
Mohd Sabrie
Mohd Sabrie
Pembangkang akan cuba utk mencari titik hitam utk dijadikan agenda mereka...PKR...buat pekak je...
Today at 08:37 · Report
Saparudin Latif
Saparudin Latif
IPS..kalau direnung sifat2 org melayu bila terkena baru tergadah..bila sakit baru cari ubat...sbnrnya org melayu diMalaysia nie amat malas berfikir serta mudah menerima apa jua tanpa usul periksa..bijak pandai melayu bukan x cerdik tetapi tamak dan gila kuasa(like good)..bila berjaya dan ada duit sikit mula merasakan diri bagus dan teringin nak ...See More
Today at 10:23 · Report
Isu Politik Semasa
Isu Politik Semasa
sumenye membangkang pembangkang nie... tak penah menyokong sikiitttt pon... orang tgk bola klu pihak lawan gol cantik takjub jugak kan... conclusionnya.... EGO :)
Today at 11:14 · Report
Mohd Sabrie
Mohd Sabrie
bukan pasal ego bro...kalau bende yg di bangkang tu ada betulnye...no hal...blh trima...tp kalau yg dibangkang tu saje2 nak buat kacau,takkan nak trima gak.
Today at 16:38 · Report

Isnin

Benarkah Jutawan?

Saya tertarik dengan berita terbitan Mingguan Malaysia bertarikh 21 November 2009. Berita tersebut berjudul “JOHOR LAHIRKAN 20 JUTAWAN IKS”. Rangkap pertama berita tersebut adalah berbunyi seperti berikut;

LEDANG 21 Nov. - Industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan pertanian di Johor menyaksikan perkembangan positif apabila berjaya melahirkan seramai 20 usahawan yang mencatatkan pulangan perniagaan lebih RM1 juta.

Kita seharusnya berbangga dengan kemampuan kerajaan melahirkan usahawan tersebut. Namun ada perkara yang menjadi tandatanya daripada laporan tersebut.

Laporan itu menyatakan 20 orang jutawan tersebut lahir kerana pulangan perniagaannya lebih dari RM1 juta. Persoalan disini, adakah pulangan perniagaan merupakan satu ukuran yang tepat untuk mengklafikasikan seseorang itu sebagai jutawan. Bukankah pulangan perniagaan hanya satu angka kasar iaitu jualan didarab dengan harga produk. Maka pulangan perniagaan yang bernilai RM1 juta tidak semestinya menghasilkan keuntungan RM1 juta. Kalau pulangan RM1 juta menggambarkan keuntungan RM1 juta, berapakah kos pengeluarannya? Kosong? Mustahil?

Seorang jutawan sebenarnya diukur kepada nilai asset yang ada di dalam pegangannya. Jika ia untung sebanyak itu pun, belum tentu ia menjadi asset mutlaknya kerana sebahagiannya mungkin akan menjadi modal untuk perkembangan perniagaan.

Implikasi dari laporan tersebut ialah, betapa lemahnya ilmu kewangan dan ekonomi dikalangan masyarakat kita, sedangkan ia wajib dikuasai jika kita ingin menguasai ekonomi dan maju dalam bidang perniagaan.

Tandatanya timbul adakah laporan tersebut hasil dari kenyataan kerajaan negeri atau andaian serta kurang fahamnya wartawan yang menulis?

Kesan yang lebih buruk ialah dibimbangi akan ada pihak membuat tuduhan bahawa kerajaan Johor cuba membohongi rakyat hasil daripada laporan yang mengelirukan itu.

Kesan buruk yang lain ialah, kita akan perasan dan bangga tidak bertempat kononnya mempunyai masyarakat jutawan sedangkan ia belum ke tahap tersebut. Akhirnya kita ditertawakan oleh orang lain.

Hendakkah kita macam itu?


Sabri Jalil