Teruja dengan daya usaha beberapa anak muda yang mempunyai
kepakaran dalam bidang pemasaran media sosial (termasuk FB marketing). Usaha mereka menganjurkan seminar/kursus pemasaran
ini sesungguhnya amat membantu para peserta secara langsung dalam bidang
perniagaan.
Seminar/kursus tersebut bukan sahaja mengenakan yuran yang
rendah tetapi juga membimbing peserta bagaimana meningkatkan jualan dengan
pantas. Ia juga turut membimbing para peserta bagaimana memulakan perniagaan
walaupun peserta tidak mempunyai produk sendiri.
Dikalangan para
peserta, didapati kebanyakan mereka adalah
golongan muda atau belia. Mereka mendapat menafaat secara langsung yang besar
dan mendapat hasil yang diluar jangkaan mereka sama sekali. Malah ada
dikalangan mereka adalah pelajar yang mampu mencipta pendapatan ribuan ringgit
sebulan hanya dengan menjual “teddy bear” secara pos.
Saya tidak pernah hadir dalam seminar-seminar mereka kerana
kekangan masa tetapi pernah membeli rakaman DVD seminar yang dijual dan ternyata ia memberi menafaat dan amat membantu. Usaha mereka ini
ternyata mampu melahirkan usahawan muda dengan pantas walaupun modal yang diperlukan
adalah kecil. Ia juga membantu pengeluar-pengeluar kecil dan sederhana
memperluaskan pasaran dengan mudah.
Biro-biro yang berkaitan dengan keusahawanan dalam NGO (terutama NGO belia) dan parti-parti politik
seharusnya mengambil perhatian akan perkara ini. Begitu juga dengan koperasi. Usaha menganjurkan program
latihan keusahawanan dalam bentuk latihan pemasaran kaedah baru ini harus digiatkan dengan
menjemput mereka sebagai penyampai atau trainer.
Jika program ini digiat dan diperluaskan
oleh pertubuhan-pertubuhan tersebut dengan kerjasama daripada mereka yang pakar
dalam bidang pemasaran ini, maka ia pasti akan mempercepatkan matlamat
pencapaian dalam penguasaan ekonomi ummah.
Sesungguhnya mereka bukan penganjur skim cepat kaya tetapi
mereka melatih orang lain bagaimana meningkat jualan secara pantas dalam
perniagaan yang tulen. Usaha mereka harus dihargai dan diberi perhatian kerana membantu membentuk masyarakat usahawan tanpa
melalui laungan ideologi politik tetapi melalui tindakan dan ilmu yang mereka
miliki.
Kerajaan juga harus mendekati
kumpulan pakar ini bagaimana mereka boleh membantu pencapaian matlamat kerajaan
untuk merealisasikan cita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun
2020 nanti