Sabtu

Status Pendapatan Tinggi - Kadar Celik Kewangan Adalah Prasyarat

Maulizan Bujang Saya yakin Model Baru Ekonomi yang dibawa oleh DS najib mampu untuk membantu mempertingkatkan pendapatan rakyat terutamanya kumpulan yang dikatakan 40 peratus yg masih berada didalam kategori yang perlu diberi perhatian sekaligus membolehkan mereka menikmati kesejahteraan hidup yang seiring dengan pembangunan negara.

09 June at 01:16 ·  · 
Hairullizam Bin Ismail
Hairullizam Bin Ismail 
mudah mudahan amin.....
09 June at 07:25 · 
Khairul Bin Hashim
Khairul Bin Hashim 
masih perlu diperincikan.... tidak boleh terlalu yakin.... yakin membabi buta boleh menimbulkan syak wasangka... saya takut masih ramai yang tak bersedia... golongan2 miskin tegar dalam kampung.... tp golongan bandar macam saya dh lama bersedia... kami sedia bersaing dalam 1 malaysia.... "perlu kupas tulisan/pandangan Datuk salleh majid Pakar Ekonomi negara kita..."
09 June at 09:20 · 
MrUjang Abu Samah
MrUjang Abu Samah 
yang paling utama untuk rakyat hari ini bebanan di kurang kan, kerjakuat dari pemimpin hari ini mula menuai hasil..kalau bercerita soal PUAS, tiada yang pernah puas..semoga MBE dapat dilaksanakan dengan jayanya..
09 June at 16:44 · 
Zon Empat Kota Masai
Zon Empat Kota Masai 
rakyat juga perlu berusaha untuk meningkatkan ekonomi masing...tak boleh terlalu manja dan mengharapkan ehsan orang lain...
09 June at 18:12 · 
Razak Yaacob
Razak Yaacob 
lain mcm je..bunyinya bang zari.....mungkin betul....mungkin betul..mungkin sikit x betul. lihat dan tunggulah....
09 June at 21:46 · 
Sunawan Md Som
Sunawan Md Som 
Kita tunggulah pula apa kata pimpinan PR. Jangan ketepikan pandangan mereka dan harus difikirkan secara rasional tanpa prejudis kepartian.
10 June at 19:02 · 
Sabri Jalil
Sabri Jalil 
mengujudkan masyarakat celik kewangan adalah prasyarat untuk meningkatkan pendapatan. Singapura adalah negara kecil yang rakyatnya berpendapatan tinggi kerana mereka adalah kadar dan standard celik kewangan yang tingg....
10 June at 21:13 ·  · 

Isnin

Secawan Kopi Untuk Kecerdasan Otak


Berikut adalah satu artikel yang dipetik dari Berita Harian untuk panduan para ibu-bapa. Semoga ia memberi menafaat bersama;


Cergas dengan secawan koko setiap pagi

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

Tidak semua makanan tambahan serasi, tingkat minda kanak-kanak

MEMILIKI anak pintar menjadi impian semua ibu bapa, lantaran itu tidak hairan jika ada segelintir melaburkan wang yang banyak untuk memastikan anak kecil mereka dapat dibentuk memiliki kemampuan mental (IQ) mengatasi rakan sebaya.

Tidak kurang juga yang leka membelek iklan mengenai produk yang digembar-gemburkan dapat meningkatkan keupayaan minda anak, membandingkan yang terbaik dan akhirnya membeli semua yang dipaparkan tanpa mengambil kira sejauh mana kebenaran ia boleh menjadikan seseorang kanak-kanak itu pintar.


Pakar pemakanan yang juga Pensyarah Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, mengakui makanan memang berupaya meningkatkan keberkesanan otak kanak-kanak tetapi tidak semestinya menerusi pengambilan makanan tambahan kerana apa yang penting ialah kesedaran ibu bapa memastikan anak mendapat makanan seimbang.

Katanya, tidak semua makanan tambahan serasi dengan kanak-kanak dan yang paling penting, ibu bapa mengetahui kandungan bahan yang diberikan kepada anak mereka.

"Memang ramai ibu bapa cenderung memberi makanan tambahan kepada anak mereka, terutama apabila ia dikatakan mengandungi pelbagai bahan yang dapat meningkatkan kecerdasan anak-anak. Saya tidak menolak keperluan membekalkan tumbesaran anak dengan makanan seimbang tetapi tidak perlu berhabisan.

"Ramai yang tidak mengetahui sekadar makanan berasaskan koko sebenarnya cukup berkesan mengembang dan menajamkan minda kanak-kanak. Secawan koko atau kopi ketika sarapan pagi sudah cukup membuatkan mereka cergas. Ia sudah terbukti secara saintifik.

"Nasihat saya,
pastikan mereka mendapat vitamin A, B, C dan E mencukupi kerana ia berkaitan dengan otak. Minyak ikan juga penting, selain mendapatkan keperluan Omega 3," katanya.

Kata Prof Suhaila, kelulusan yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan seperti yang tertera pada label pelbagai makanan tambahan yang berlambak di pasaran tidak menjamin keberkesanan tetapi diberi pengiktirafan dari segi kebersihan dan keselamatan berdasarkan dos yang diberi.

Beliau turut mencadangkan ibu bapa membuat ujian sendiri untuk menentukan keberkesanan makanan tambahan yang diberi untuk mengukur kecerdasan minda anak.

"Buat ujian sebelum dan selepas memberi makanan tambahan yang didakwa boleh menajamkan minda anak-anak untuk mengenal pasti keberkesanannya. Apa yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kepada makanan tambahan yang diambil ialah kandungan vitamin dan mineral.

"Saya cadangkan kepada ibu bapa supaya memberi kopi atau minuman berasaskan coklat sekurang-kurangnya sekali sehari kepada anak kerana ia secara saintifik sudah terbukti memperbaiki minda mereka.

"Kafein yang ada dalam kopi akan dinyah dengan sendiri dalam masa 12 jam. Katakan mereka minum kopi pada jam 7 pagi, menjelang 7 malam ia sudah tiada dalam badan.
Seeloknya, kopi diberi minum pada awal pagi. Jika kanak-kanak mengantuk dalam kelas, berikan mereka gula-gula kopi," katanya.

Selain itu, m
akanan berasaskan kismis, buah-buahan seperti beri biru dan strawberi serta sayuran-sayuran yang berwarna juga baik untuk otak.

Prof Suhaila turut mencadangkan kepada ibu bapa supaya selalu melakukan latihan otak dengan membiarkan anak bermain permainan komputer pada waktu dan tempoh masa yang sesuai.

"Permainan komputer terutama permainan tenis atau badminton cukup baik menggerakkan minda kanak-kanak kerana mereka terpaksa mengerah otak untuk membalas setiap pukulan yang dibuat. Mereka perlu bertindak pantas. Namun pastikan mereka tidak terlalu asyik sehingga tidak melakukan senaman fizikal.

"
Galakkan anak menghafal doa, surah al-Quran dan sifir kerana ia juga terbukti berkesan menajamkan minda. Begitu juga dengan permainan teka teki, bermain susun gambar yang memerlukan anak menggunakan otak untuk menyelesaikannya. Menggalakkan mereka mencari sendiri jawapan kepada soalan yang diberi juga membantu.

"Saya juga mahu mengingatkan ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak melakukan pergerakan fizikal. Pastikan berat badan mereka tidak berlebihan kerana
jika terlalu banyak lemak, otak memang lembap," katanya.

Jumaat

Kisah Harga Gula & Peniaga Muda Yang Melawan Arus


Umum semua tahu, kerajaan telah menaikkah harga gula sebanyak 20 sen sekilo iaitu dari RM1.45 kepada RM1.65 awal tahun ini. Dikalangan pengguna nampaknya kenaikan itu tidak banyak mendapat reaksi keterlaluan sebagaimana kenaikan harga minyak beberapa tahun lalu.

Namun dikalangan peniaga, reaksi mereka begitu pantas. Hanya sehari harga baru dikuatkuasakan, diberitakan harga roti canai di Melaka sudah naik 10 sen sekeping. Harga teh tarik juga sudah naik 10 sen di beberapa tempat. Bayangkan hanya dengan 2 keping roti canai atau dua cawan teh tarik peniaga sudah dapat menampung kenaikan harga sekilo gula. Kuantiti roti canai atau teh tarik yang seterusnya adalah keuntungan tambahan semata-mata.

Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan penting, termasuk harga petrol, nampaknya ia satu rahmat besar kepada peniaga. Inilah masa mengaut keuntungan yang lebih. Cara mereka menaikkan harga seolah-olah pengguna tidak tahu membuat kira-kira. Teringat juga saya kepada penjual air di sebuah pasar borong di Johor Bahru semasa kenaikan harga minyak dahulu. Harga air naik dari RM1.00 kepada RM1.20 secawan. Persoalannya berapa banyak minyak petrol mereka campurkan dalam air minuman sehingga harga air naik 20 peratus?

Beberapa minggu selepas kenaikan harga gula, saya sempat mengunjungi sebuah pasar malam di utara Johor. Di pasar malam tersebut ramai juga peniaga yang menjual air minuman. Rata-rata harga sudah dinaikkan kepada harga baru. Namun saya bertembung dengan sebuah gerai yang masih mengekalkan harga lama di pasar malam yang sama dan pada malam yang sama. Maka saya singgah untuk membeli air di situ. Oleh kerana waktu sudah di penghujung masa perniagaan saya dapati air yang dijual hanya tinggal sedikit sahaja.

Saya sempat bertanya kepada peniaga muda tersebut “Orang lain sudah naikkan harga tetapi kenapa awak masih menjual pada harga lama?”

Pemuda itu menjawap, “Alah bang harga air kalau tak naik pun tak apa, untung masih banyak lagi. Biarlah dia orang nak naikkan harga bang. Inilah masanya saya menarik pelanggan baru. Malam ini jualan saya yang paling banyak bang sebab saya pakai harga lama. Tak pernah saya tambah dua kali bang. Harap-harap orang lain kekalkan harga baru, biarlah saya dengan harga lama. Lagi ramai pelanggan tertumpu di gerai saya lebih berganda untung saya macam malam ni”

Jawapan peniaga muda itu sungguh menarik. Ia menampakkan kebijaksanaan dan bertindak melawan arus untuk memaksimakan keuntungannya. Baginya menaikkan harga tidak semestinya menambahkan keuntungan. Tetapi bertindak lain daripada orang lain lebih berkesan untuk menggandakan keuntungan. Orang lain menaikkan harga 20 peratus belum tentu keuntungan naik 20 peratus. Tetapi peniaga muda ini tidak menaikkan harga satu peratus pun tetapi telah meningkatkan keuntungan 100 peratus.

Sungguh bijaksana peniaga muda ini. Baginya keuntungan bukan hanya terletak pada harga tetapi juga kuantiti yang jualan. Mengapa peniaga-peniaga lain tidak berfikir panjang sepertinya?


- Sabri Jalil