Memaparkan catatan dengan label pasaran saham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasaran saham. Papar semua catatan

Isnin

Asal Berbeza Pendapat......

Siapa tidak kenal Harussani Zakaria, kini bergelar Tan Sri, mufti Perak yang bersuara lantang. Beliau rajin dan berani memberi teguran dan pendapat tidak kira dari pihak mana.

Orang-ramai mungkin masih ingat, beliau pernah mengkritik kegilaan Bollywood oleh masyarakat Melayu Malaysia. Sudah tentu sasarannya ialah badan-badan penyiaran termasuk milik kerajaan iaitu RTM.

Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan harus ditelan iaitu konsert di Jom Heboh adalah haram. Siapa penganjur? Jawapannya TV3.

Lebih menggemparkan beliau mendedahkan isu murtad. Menurut beliau ada 100,000 umat Islam di Negara ini telah keluar Islam. Kenyataan beliau tidak disenangi oleh setengah pihak termasik jabatan yag berkaitan dengan keagamaan.

Maka atas kenyataan itu Harrussani dianggap sebagai pro pembangkang.

Terbaru, Haussani melahirkan rasa kecewa kepada sebuah parti politik kerana menggagalkan idea kerajaan perpaduan. Beliau dikecam hebat oleh parti itu malah digelar sebagai jurucakap UMNO. Tak kurang juga yang menggelar sebagai talibarut UMNO.

Beginilah cara masyarakat kita menilai. Asalkan pandangannya tidak memihak akan dianggap musuh. Masyarakat kita tidak boleh menerima perbezaan pendapat, sedangkan perbezaan pendapat itu melahirkan pilihan mana yang terbaik.

Kalau dalam sebuah organisasi, terutamanya parti politik, yang berbeza pendapat akan “ditebas”. Inilah budaya politik Melayu yang berpaksi kepada mentaliti kelas ketiga. Budaya ini menyekat kebebasan mengeluarkan pendapat dan idea. Yang pastinya ia tidak selari dengan prinsip demokrasi.

Namun yang anehnya, idea kerajaan perpaduan adalah idea dari Presiden Pas. Mendapat sokongan daripada Majlis Ulama Pas sendiri dan sebahagian pemimpin Pas.

Mengapa mereka ini tidak digelar sebagai talibarut UMNO?


- Sabri Jalil

Sabtu

AIG bankrap, pelabur untung?

Pernahkah anda mendengar AIG? Satu nama yang tiba-tiba menjadi popular dikalangan pelabur saham dunia dan tempatan selepas berlaku kejatuhan pasaran saham dunia pada bulan Oktober tahun lalu (2008).

AIG adalah nama singkatan kepada American International Group dan ia adalah antara syarikat gergasi kewangan terbesar dunia dimana insuran menjadi perniagaan terasnya. Selama ini kita tidak sedar AIG juga ada menjalankan operasi perniagaannya di Malaysia melalui anak syarikatnya iaitu AIA . Mungkin anda adalah pemegang polisi insuran AIA seperti saya dan orang lain.

AIG telah hampir terjerumus kepada kebankrapan apabila Amerika menghadapi masalah sistem kewangan yang sukar tetapi telah diselamatkan oleh kerajaan Amerika dengan menghulur bantuan sebanyak $85b. Dengan kata kain AIG telah di”bailout”kan oleh kerajaan Amerika. Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Amerika ialah dalam bentuk saham keutamaan dan hasil dari suntikan itu kini kerajaan Amerika menjadi pemegang saham terbesar AIG iaitu 79.9% .

Tahukah anda, harga saham AIG sebelum keruntuhan ekonomi dunia ialah $52.25. Namun oleh kerana ia hampir terjerumus kepada kebankrapan, harga menjunam kepada harga terendah iaitu $0.38, dan sehingga 27 Feb 2009, harga saham AIG ditutup pada harga $0.42. Harga tersebut bukan sahaja jauh lebih rendah daripada harga tertinggi pasaran malah juga jauh lebih rendah daripada harga sebenar iaitu $26.47, iaitu 63 kali ganda lebih murah.

Perkara yang tersembunyi dan menarik disini ialah, pelabur boleh membeli pada harga pasaran iaitu $0.42 sesaham dan berdoa agar saham yang dibeli meningkat semula untuk meraih keuntungan daripada lonjakan harga di pasaran.

Di sebalik itu juga pelabur juga boleh berdoa agar AIG jatuh bankrap. Ini kerana, oleh kerana pelabur adalah pemegang saham, ia akan dibayar sebanyak $26.47 sesaham dalam bentuk pengembalian modal (capital return) jika berlakunya kebankrapan kepada AIG….agak pelik tetapi itulah realitinya.

Mungkin kepada andaian itulah, maka AIG pada masa ini menarik minat ramai pelabur termasuk di negara kita. Minat pelabur kepada saham AIG dapat dilihat berdasarkan kepada jumlah dagangan yang besar setiap hari di Bursa Saham New York.

Kita orang Malaysia boleh membeli saham ini? Boleh….dan hubungi broker anda Sabri Jalil di talian 07-3333600 atau 013-7233600. Atau berkunjung di pejabat saya di;

Kenanga Investment Bank
Aras 2, Menara Pelangi
Taman Pelangi
81100, Johor Bahru
Johor.

Selasa

Saham Telekom Boleh Beli Ke?

Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengumumkan bahawa ia akan menerima RM4.03b sebagai pelunasan hutang dari TMI. Sebanyak RM3.5b dari jumlah tersebut akan dibayar tunai kepada pemegang saham sebagai pemulangan semula modal.

TM juga telah bersetuju untuk mengenepikan sejumlah RM382 juta sebagai bayaran dividen akhir.

Untuk makluman kepada pembaca, unit saham TM pada masa ini berjumlah 3.5 billion.

Ini bermakna setiap saham yang dipegang oleh pelabur akan menerima 98 sen dalam bentuk pemulangan semula modal dan 11 sen dalam bentuk dividen akhir. Maka jumlah keseluruhan setiap saham yang akan diterima oleh pelabur ialah RM1.09. Jika sekarang pelabur bertindak membeli pada harga pasaran semasa iaitu RM3.56 ketika blog ini ditulis, maka hasil dividennya (dividend yield) adalah 30%.

Untuk makluman pembaca, saham TM ditarafkan sebagai ‘AAA’ oleh agensi penarafan tempatan dan ‘A’ oleh agensi penarafan asing. Apakah maknanya ini? Bermakna saham TM berisikio rendah kerana mempunyai keupayaan yang tingi dari segi pembayaran dividen.

Ada yang bertanya kepada saya “adakah berbaloi kalau membelinya sekarang?”

Saya menjawab “sudah tentu”

Selamat melabur.......


Sabri Jalil